bosanbosanlayan

menegakkan islam adalah tanggungjawap bersama


1 Comment

sayap lalat

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda:  “Apabila lalat jatuh di bejana ataumakanan dan minumn salah satu diantara kalian maka celupkanlah karena pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya terdapat obat penawarnya”.

Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Apabila lalat jatuh pada bejana atau makanan dan minuman salah satu diantara kalian, maka celupkanlah karena pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan sayap lainnya terdapat obat”.

[Hadits Riwayat Bukhari no. 3320, 5782, Ahmad dalam Musnadnya No. 230, 246, 263, 340, 355, 388, 398, 443 Abu Dawud No. 3844, Ibnu Majah no. 3505, Ad-Darimi no. 2045, Ibnu Khuzaimah no. 105, Ibnu Hibban no. 1243, 5226, Al-Baihaqino. 252]

Dari Abu Said Al-Khudri radiyallahu anhu dari Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya pada salah satu diantara dua sayap lalat itu terdapat racun dan syap lainnya terdapat obat penawarnya. Apabila lalat jatuh di makanan maka celupkanlah karena lalat mengedepankan racun dan mengakhirkan obat penawarnya”.

[Hadits Riwayat Ahmad no. 67, Ibnu Majah no. 3504, An Nasa’i no. 4259, Al-Baihaqi no. 253]

Hadis2 ini juga telah terbukti melalui kajian sains moden

https://www.abc.se/home/m9783/ir/h/hof.html

http://www.abc.net.au/science/articles/2002/10/01/689400.htm


1 Comment

penjelasan meminum air kencing unta

Penjelasan tentang hadis sahabat meminum air kencing unta

GOLONGAN ANTI HADIS MERAGUI HADIS TENTANG NABI MUHAMMAD MENYURUH SAHABAT MEMINUM AIR KENCING UNTA HANYA KERANA IA TIDAK SESUAI DENGAN LOGIK AKAL YANG SEMEMANGNYA TERBATAS.

BERIKUT ADALAH PENJELASAN TENTANG HADIS TERSEBUT DAN BAGAIMANA SAINS MODEN MENGAKUI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD TERSEBUT

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

Cuaca Madinah tidak sesuai untuk beberapa orang, maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh mereka mengikut pengembala untanya dan untuk mereka minum susu dan kencing unta tersebut.

Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka.

[ Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza-beza tetapi dengan pengajaran yang sama, iaitu disuruh minum susu dan air kencing unta sebagai ubat. Di atas adalah lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5686 (Kitab Tibb, Bab Berubat dengan air kencing unta). ]

HADIS INI PADA ZAHIRNYA PELIK TETAPI LIHAT BAGAIMANA ANAS MENGATAKAN “Maka mereka mengikut pengembala itu dan minum susu serta kencing unta sehingga menjadi sihat semula badan mereka”.

INI ADALAH BUKTI BAGAIMANA SUSU DAN AIR KENCING UNTA MAMPU MEMBERI UBAT KEPADA SESETENGAH PENYAKIT…….

Ini adalah satu contoh kaedah perubatan yang dilakukan oleh Rasulullah yang sesuai dengan suasana masyarakat di zamannya. Ia adalah sesuatu yang diterima dan terbukti berkesan. Orang ramai di ketika itu tidak menolaknya, malah mereka menerimanya sebagai sejenis ubat yang mujarab. Ia hanya dipandang aneh oleh masyarakat di zaman kebelakangan kerana tidak biasa dengannya.

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

[ An-Najm 53: 2 – 4 ]

Adapun persoalan tentang najisnya kencing unta, para ahli fiqh mengatakan bahawa berdasarkan hadis di atas, dibolehkan minum air kencing daripada binatang yang halal dimakan dagingnya. Ia tidak lagi dipandang sebagai najis.

[ Dalam bab ini ada beberapa pendapat dan semuanya telah dikupas oleh al-Syaukani dalam Nail al-Authar (terj: Hadimulyo & K. Suhardi; CV. asy-Syifa’, Semarang 1994), jld 1, ms 101-108. ]

Hadis itu TIDAK membawa maksud, kita disuruh menjadikan air kencing unta sebagai “minuman rasmi” atau “minuman adat” kita seperti Pepsi atau Coca Cola atau air kosong. Penggunaan air kencing unta mengikuti petunjuk yang berada di dalam hadis ini khusus untuk penggunaan perubatan ketika ‘dharuurah’ atau keterdesakan sahaja.

Maka, ini tergolong dalam Bab “Berubat Dengan Menggunakan Benda-benda Haram”. Adakah dibolehkan atau tidak. Jawapannya dibolehkan ketika dharuurat.

Seperti mana Allah menjelaskan di dalam al-Quran pengharaman makan bangkai, daging khinzir dan darah, tapi Allah membenarkan kita makan semua itu apabila keadaan berubah kepada “dharuurah” atau keterdesakan. Maka, perkara yang najis, kotor, dan jijik pun Allah benarkan kita makan ketika ‘dharuurah’, yakni ketika dibimbangi berlakunya kebinasaan jiwa dan kematian, ketika tidak ada lagi makanan lain yang boleh dimakan dan ditakuti seseorang itu akan mati kebuluran.

Maka, tidakkah dihalalkan makan benda najis seperti babi, bangkai dan darah yang disebutkan dalam firman Allah itu serupa dengan dibenarkan berubat dengan “air kecing unta” yang juga merupakan najis ketika keadaan mendesak atau dharuurat?

Saintis telah mengkaji kandungan dalam air kencing unta dan mereka telah mendapati ia ada memiliki khasiat-khasiat tertentu yang dapat merawat kanser dan penyakit-penyakit lain. Apakah tidak ini satu bukti bahawa kandungan hadis-hadis Rasulullah itu terbukti benar?

BUKTI SAINS MODEN MEMPERAKUI DAN MENGGUNAKAN KAEDAH NABI MUHAMMAD

http://greenboc.blogspot.com/2011/04/air-kencing-unta-cegah-kesan-radiasi.html

Malah lebih dari itu ia telah dimuatkan dalam jurnal2 milik negara barat ( sila copy dan paste link atas dan bawah dalam browser kalo tidak boleh klik terus )

http://www.health-science-spirit.com/urine.html

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22922085