bosanbosanlayan

menegakkan islam adalah tanggungjawap bersama

Menjawap “hadis” kisah sekumpulan monyet merejam

1 Comment

Walaupun ia telah dijawap ribuan kali oleh aswj isu ni masih dimainkan oleh golongan tiada akal anti islam seperti anti hadis

Maka jawapan sepintas lalu akan diberikan

ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻧُﻌَﻴْﻢٍ ﺑْﻦُ ﺣَﻤَّﺎﺩُ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻫُﺸَﻴْﻢٍ ﻋَﻦْ ﺣَﺼَﻴْﻦٍ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮٍﻭ
ﺑْﻦِ ﻣَﻴْﻤُﻮْﻥَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﻓِﻲْ ﺍﻟﺠَﺎﻫِﻠِﻴَّﺔِ ﻗِﺮْﺩَﺓً ﺍﺟْﺘَﻤَﻊَ ﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ
ﻗِﺮَﺩَﺓً ﻗَﺪْ ﺯَﻧَﺖْ ﻓَﺮَﺟَﻤُﻮْﻫَﺎ ﻓَﺮَﺟَﻤْﺘُﻬَﺎ ﻣَﻌَﻬُﻢْ
( ﻋَﻤْﺮُﻭ ﺑْﻦُ ﻣَﻴْﻤُﻮْﻥَ )

daripada ‘Amru bin Maimun katanya, “Aku melihat di kala zaman Jahiliyyah seekor kera betina, berhimpun kepadanya kera-kera lain, dia (kera betina itu) telah berzina, maka mereka pun merejamnya, dan aku turut merejamnya bersama mereka”. ( al-Imam al-Bukhari (3849) )

Pertama : ini adalah athar iaitu hadis mauquf iaitu ia terhenti pd sahabat.. Jadi ia bukan hadis nabi atau wahyu dari Allah

Kedua : ia berlaku pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam.. Maka ia tidak ada kaitan dengan islam

Ketiga : bagaimana sahabat tau kera telah berzina.. Kerana hukuman rejam mmg telah ada sebelum kedatangan islam

Apakah tujuan athar ini dimasukkan dalam kitab imam bukhari.. Sebagai pengajaran

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :

Dan sesungguhnya al-Ismaili (al-Imam as-Syaikhul Islam Abu Bakar Ahmad bin Ibrahim al-Jurjaani al-Ismaili) telah membawa kisah ini dengan satu
bentuk lain yang lebih panjang. Kisah tersebut terbit daripada jalan ‘Isa bin Hatthan :

Daripada ‘Amru bin Maimun, katanya:
“Aku berada di Yaman di dalam sekawan kambing milik keluargaku, sedangkan aku menjaganya. Maka
di situ, ada seekor kera betina. Datang seekor kera jantan daripada sekumpulan kera, lalu tidur berbantalkan tangan kera betina itu.

Datang pula seekor kera jantan yang kecil lalu memberi isyarat
kepadanya. Kera betina tersebut menarik tangannya daripada kepada kera jantan yang pertama (yang
tidur berbantalkan tangannya) dengan perlahan-lahan lalu mengikuti kera jantan yang kecil itu, lalu kera jantan menindih atasnya sedangkan aku
melihat sahaja. Kemudian, kera betina itu kembali, maka mulalah ia memasukkan semula tangannya di
bawah pipi kera pertama tadi dengan lemah lembut. Maka kera pertama itu terjaga secara mengejut, lalu menciumnya dan berteriak. Maka berhimpunlah kera-kera sekaliannya, maka kera jantan itu berteriak-teriak dan menunjukkan isyarat ke arah
kera betina itu dengan tangannya. Berlarilah kera-kera itu semua ke kanan dan kiri, maka mereka membawa kera yang aku mengenalinya (kera jantan
yang berzina), mereka menggali tanah bagi kedua-duanya (jantan dan betina yang berzina), dan mereka merejamnya kedua-duanya. Maka sesungguhnya, aku telah melihat rejam dilakukan
pada makhluk selain dari Bani Adam.”

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara
kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu,lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”. – [ al-Baqarah: 2/65 ].

sebahagian tafsir department indonesia mengenai ayat ini
وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتِ

Artinya:
Dan antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orong-orang) menyembah tagut. (Q.S Al Ma’idah: 60)

Menurut “Al Manar” pendapat jumhur mufassirin bahwa mereka yang melanggar ketentuan hari Sabtu itu benar-benar menjadi kera dan babi sukarlah diterima walaupun Allah kuasa berbuat demikian. Merubah manusia menjadi hewan sebagai hukuman bagi orang yang berbuat maksiat, tidaklah sesuai dengan sunah Allah terhadap makhluk-Nya, terutama atas manusia makhluk yang dimuliakan Allah. Pendapat Mujahid lebih tepat bahwa yang berubah itu adalah mental mereka menjadi mental hewan karena nafsu duniawi yang besar pada mereka menyebabkan mereka lupa dan jauh dari nilai-nilai moral dan kemanusiaan.

Berkata Ibnu Kasir, “Pendapat yang benar ialah perubahan maknawi sebagaimana pendapat Mujahid. Jadi bukan perubahan bentuk (ujud) rupa seperti yang dikemukakan oleh Jumhur.”

Menurut Mujahid riwayat Ibnu Jarir, “Rupa mereka tidak ditukar menjadi rupa kera tetapi hati, jiwa dan sifat mereka dirubah menjadi seperti kera. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menerima pengajaran dan tidak dapat memahami ancaman” (HR Ibnu Jarir dan Ibnu Hatim dari Mujahid)

APA YANG PENTING INI HANYALAH KATA2 SAHABAT DAN TIDAK MENGANGGU MANA2 HUKUM DALAM ISLAM

maklumat tambahan

1. Hadis ini dari bukhari dan memang sahih.

2. Tetapi ia bersifat mauquf (terhenti) pada sahabat iaitu ‘Amru bin Maimun. Jadi adalah athar (kata-kata sahabt) dan bukannya hadis nabi. Kalau org anti hadis belajar hadis lebih sikit, dia kan faham bahawa dalam hadis terdapat juga athar para sahabat.

3. Ia berlaku sebelum kedatangan Islam dan ini hanyalah satu pengalaman seorang sahabat. Jadi ia tidak membawa sebarnag kontradiksi dalam syariat Islam dan juga tidak ada ulama menjadikan hadis ini sebagai sandaran kepada hukum.

4. saya tak nampak masalah akan hadis ini.

Author: bosan

Sila komen di bawah jika mahu penjelasan lanjut

One thought on “Menjawap “hadis” kisah sekumpulan monyet merejam

  1. Persoalannya?
    “SIAPAKAH” YANG MENGAJAR MONYET2 TERSEBUT BERZINA ITU SATU DOSA MENURUT AJARAN ALLAH?
    jawapannya….sudah tentu ada pesuruh/nabi monyet yang dihantar oleh Allah kpd monyet.
    🤦

    Like

Leave a comment